SID

Ibu kepada tiga orang anak, aktif bekerja sebagai penyenggara kapal selam dan bergerak sebagai Shaklee Independent Distributer Berdaftar | SAADIAH 0192129706 | SID 883366 | COD Kota Kinabalu | Penghantaran seluruh Malaysia Sabah Sarawak Via GDex atau Pos Laju | email: saadiahmuji@gmail.com | Facebook : Saadiah Muji

Sunday, April 2, 2017

Kembali Beraksi Di Alam Maya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bertemu kembali setelah sekian lama meninggalkan blog ini bersawang. Misi baru untuk kembali memberi perkongsian yang membawa manfaat untuk rakan2 alam maya sekalian.

Kali ini kakD telah meninggalkan alam pekerjaan 8am-5pm dan bercadang untuk memberi komitmen 24/7 kepada keluarga tercinta. Berita baik kakD sudah pun menimang cahayamata yang ke4 tahun lepas. Menjadikan keputusan untuk teruskan perjuangan menjadi house manager di rumah sendiri adalah tepat.

Stay tune untuk terus bersama kakD.

Wednesday, November 18, 2015

Tips Membantu Proses Kurus Semula - Realiti Vs Angan Angan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kurus...slim...bershape....semua bermain di pikiran sejak berat badan meningkat 4 kilo dan tak pernah menunjukkan tanda-tanda mahu turun. Huhuhu... setiap kali makan kita akan rasa bersalah nak makan ke tak? di lema nak teruskan diet atau teruskan makan makanan kegemaran.

Dulu-dulu tips ini senang nak amalkan sebab masih bujang dan tak kisah pasal makan atau tak...sebabnya kita bebas nak buat pilihan. Apabila sudah berumahtangga dan beranak pinak, cabarannya makin besar. Kenapa? Sebab kita sebagai ibu akan menyediakan menu harian untuk seisi keluarga dan menu itu adalah menu kegemaran mereka bukan lagi menu kesukaan kita.

Maka di sini tips paling penting adalah DISIPLIN. Apabila kita sedia dan ingin jalankan program diet nak kurus, disiplin adalah paling penting. Perkara pertama, kawal nafsu makan kita kerana semasa proses menyediakan menu utk family, kita la orang pertama merasa dan terakhir untuk menghabiskannya. Tak abis jadi membazir begitu. Peranan disiplin di sini, kita kena kawal tak perlu nak abiskan semua, simpan saja dalam freezer semua makanan yang tak abis. Senang bukan.

Tips kedua yang saling ialah malas meneruskan sesi senaman. Senaman ini sangat penting untuk membolehkan badan kita membakar lemak sedia ada dan lemak yang bakal ada. Senaman hanya perlukan 20 minit sehari, samada menyapu dan mengemas...so curi-curi masa antaranya. Paling senang peruntukkan waktu pagi untuk berjogging di sekitar kawasan perumahan.

Tips ketiga ini adalah tips yang popular dikalangan pakar diet iaitu teruskan minum air suam apabila terasa hendak mengunyah sesuatu. Air suam segelas dapat menghilangkan rasa lapar. Malah kebaikkannya ia turut membantu proses pelawasan menjadi lebih lancar.

Tips seterusnya, apabila mengambil suplemen untuk membantu cepat kurus, pastikan ikut jadual yang telah ditetapkan. Konsisten pengambilan akan cepat membantu proses pelangsingan. Percaya atau tidak, ramai yang gagal mengikuti jadual makan suplemen dan akhirnya berhenti menggunakkannya. Sayang sungguh kan...suplemen itu hanya membantu selebihnya adalah usaha diri sendiri.

End tips hari ini...kita bertemu lagi di entry akan datang...

Tuesday, November 17, 2015

Sakit Ngeri Pada Betis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pagi ini bangun-bangun ja terus rasa ngeri dekat betis kanan. Sungguh la tidak selesanya, hilang mood nak bersiap ke tempat kerja...hahaha...alasan aje tu kan.

So, minta En suami untuk urut bahagian tu tetapi masih tidak melegakan kengerian yang terasa, sepanjang drive ke opis, selang seminit ia akan menyengat. Adui...sakit rupanya. Huhu.

Dalam kepala, kejap lagi la nak jumpa doktor...tapi sebelum tu sya try urut2a dulu dan sapu minyak panas. Harap rasa ngeri tu akan berkurangan.

SM

Friday, November 13, 2015

Rukun Islam Ke 5 - Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Satu hari semasa bersiap ke tempat kerja, telinga curi2 dengar kuliah agama yang ada di TV masa tu. Tidak tahu siapa Ustaz yang sedang menyampaikan tetapi sambil membetulkan tudung sambil terus mendengar kuliah beliau.

Antara yang tertusuk dalam jiwa pada masa itu begini kata-kata beliau "Kerjakan lah haji seawal usia, mampukan lah diri untuk melaksanakan rukun islam ke lima ini!" Lebih kurang begitulah kata-kata beliau. Tidak semena2 saya seakan tersedar, Ya Allah, panggilan MU untuk kami menemuimu bilakah akan tercapai?

Sejak dari hari itu, saya berazam akan memampukan diri ini untuk menyahut panggilan Haji, insyaallah. Semoga Allah memakbulkan doa untuk ke sana.

Persiapan bakal dilakukan bermula hari ini.... (akan di update)