SID

Ibu kepada tiga orang anak, aktif bekerja sebagai penyenggara kapal selam dan bergerak sebagai Shaklee Independent Distributer Berdaftar | SAADIAH 0192129706 | SID 883366 | COD Kota Kinabalu | Penghantaran seluruh Malaysia Sabah Sarawak Via GDex atau Pos Laju | email: saadiahmuji@gmail.com | Facebook : Saadiah Muji

Sunday, October 12, 2014

Resepi Makanan Family

Udang Masak Butter Basah

Assalamualaikum dan salam sejahtera, malam ni saya bercadang masak udang butter basah. Disebabkan anak-anak suka makan menu ni. Jadi mama ni rajin-rajinlah pulak mencuba sendiri, selalu makan di kedai sekilo RM45. 

Ok buat pertama kalinya berjaya juga menyiapkan dan merasai masakan sendiri. Gambar udang yang telah siap dimasak. Bestnya ia mudah disediakan.

Udang Butter Basah
Resepinya
1) Udang 
2) Butter
3) Minyak masak
4) Bawang putih
5) Susu ducth lady
6) Daun kari
7) Garam
8) Tepung jagung
9) Sos tiram

Cara masaknya:
Perap udang dengan garam dan tepung jagung, kemudian goreng dalam minyak. Asingkan selepas itu tumis bawang putih di dalam butter, masukkan susu kemudian daun kari dan gaul sehingga naik bau. Biar dalam dua minit. Kemudian hidang.

Mudah bukan...boleh la cuba pada sesapa yang sukakan menu ini.


No comments: