SID

Ibu kepada tiga orang anak, aktif bekerja sebagai penyenggara kapal selam dan bergerak sebagai Shaklee Independent Distributer Berdaftar | SAADIAH 0192129706 | SID 883366 | COD Kota Kinabalu | Penghantaran seluruh Malaysia Sabah Sarawak Via GDex atau Pos Laju | email: saadiahmuji@gmail.com | Facebook : Saadiah Muji

Wednesday, November 18, 2015

Tips Membantu Proses Kurus Semula - Realiti Vs Angan Angan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kurus...slim...bershape....semua bermain di pikiran sejak berat badan meningkat 4 kilo dan tak pernah menunjukkan tanda-tanda mahu turun. Huhuhu... setiap kali makan kita akan rasa bersalah nak makan ke tak? di lema nak teruskan diet atau teruskan makan makanan kegemaran.

Dulu-dulu tips ini senang nak amalkan sebab masih bujang dan tak kisah pasal makan atau tak...sebabnya kita bebas nak buat pilihan. Apabila sudah berumahtangga dan beranak pinak, cabarannya makin besar. Kenapa? Sebab kita sebagai ibu akan menyediakan menu harian untuk seisi keluarga dan menu itu adalah menu kegemaran mereka bukan lagi menu kesukaan kita.

Maka di sini tips paling penting adalah DISIPLIN. Apabila kita sedia dan ingin jalankan program diet nak kurus, disiplin adalah paling penting. Perkara pertama, kawal nafsu makan kita kerana semasa proses menyediakan menu utk family, kita la orang pertama merasa dan terakhir untuk menghabiskannya. Tak abis jadi membazir begitu. Peranan disiplin di sini, kita kena kawal tak perlu nak abiskan semua, simpan saja dalam freezer semua makanan yang tak abis. Senang bukan.

Tips kedua yang saling ialah malas meneruskan sesi senaman. Senaman ini sangat penting untuk membolehkan badan kita membakar lemak sedia ada dan lemak yang bakal ada. Senaman hanya perlukan 20 minit sehari, samada menyapu dan mengemas...so curi-curi masa antaranya. Paling senang peruntukkan waktu pagi untuk berjogging di sekitar kawasan perumahan.

Tips ketiga ini adalah tips yang popular dikalangan pakar diet iaitu teruskan minum air suam apabila terasa hendak mengunyah sesuatu. Air suam segelas dapat menghilangkan rasa lapar. Malah kebaikkannya ia turut membantu proses pelawasan menjadi lebih lancar.

Tips seterusnya, apabila mengambil suplemen untuk membantu cepat kurus, pastikan ikut jadual yang telah ditetapkan. Konsisten pengambilan akan cepat membantu proses pelangsingan. Percaya atau tidak, ramai yang gagal mengikuti jadual makan suplemen dan akhirnya berhenti menggunakkannya. Sayang sungguh kan...suplemen itu hanya membantu selebihnya adalah usaha diri sendiri.

End tips hari ini...kita bertemu lagi di entry akan datang...

No comments: