Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berkuatkuasa Rabu, 26 November 2014, 8 nama jalan akan ditukar kepada nama baharu sempena nama raja-raja yang pernah ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong Negara.
Nama-nama jalan baharu tersebut ialah:
- Jalan Duta akan ditukar menjadi Jalan Tunku Abdul Halim
- Jalan Khidmat Usaha akan ditukar menjadi Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
- Jalan Ipoh (dari persimpangan Jalan Segambut sehingga persimpangan Jalan Pahang) akan ditukar menjadi Jalan Sultan Azlan Shah
- Persiaran Duta akan ditukar menjadi Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
- Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah akan ditukar menjadi Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin
- Lebuhraya Mahameru akan ditukar menjadi Lebuhraya Sultan Iskandar
- Persiaran Mahameru akan ditukar menjadi Persiaran Tuanku Ja'afar
- Jalan Semarak akan ditukar menjadi Jalan Sultan Yahya Petra
Ada kebaikan menukar nama-nama jalan ini antaranya memperingati jasa-jasa Agong, generasi muda lagi senang mengingati nama-nama bekas Agong dan memberi impak kepada setia cinta kepada raja-raja Melayu.
Sumber Sinar Harian
No comments:
Post a Comment