SID

Ibu kepada tiga orang anak, aktif bekerja sebagai penyenggara kapal selam dan bergerak sebagai Shaklee Independent Distributer Berdaftar | SAADIAH 0192129706 | SID 883366 | COD Kota Kinabalu | Penghantaran seluruh Malaysia Sabah Sarawak Via GDex atau Pos Laju | email: saadiahmuji@gmail.com | Facebook : Saadiah Muji

Thursday, May 28, 2015

Kisah Perigi Buta

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Pagi ini kita bersantai dengan cerita lawak jenaka, cerita tentang si isteri yang sangat cerewet dan kuat bercakap. ;)
Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Nakamura. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya. Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali.

Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Nakamura sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Nakamura supaya meninggalkan isterinya itu.

Akhirnya Nakamura pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Suatu hari Nakamura mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Nakamura melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Nakamura menolak isterinya itu masuk ke perigi.

Sepuluh minit pertama Nakamura merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

Sepuluh minit kedua, Nakamura mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.

Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Nakamura kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

Begitu terkejutnya Nakamura ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.

Nakamura lantas bertanya, "Kenapa kamu yang naik??"

Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku takut la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat cerewet pulak tu..." 
...........................

Haha...moralnya janganlah kita terlampau cerewet dan byk bercakap...kaekadang berdiam diri adalah lebih baik. Waullahualam.

2 comments:

Unknown said...

good point! silence is better

dhiya saadiah said...

kan...setuju sgt.