SID

Ibu kepada tiga orang anak, aktif bekerja sebagai penyenggara kapal selam dan bergerak sebagai Shaklee Independent Distributer Berdaftar | SAADIAH 0192129706 | SID 883366 | COD Kota Kinabalu | Penghantaran seluruh Malaysia Sabah Sarawak Via GDex atau Pos Laju | email: saadiahmuji@gmail.com | Facebook : Saadiah Muji

Friday, September 18, 2015

Khasiat Tanaman Belakang Rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk menjalani kehidupan sihat dan ceria tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi. Dengan menanam tumbuh-tumbuhan yang mudah biak dan tanpa penjagaan yang khusus, ia mampu memberi pulangan kesihatan yang berpanjangan sekiranya di amalkan. 

Mari kita lihat, adakah tumbuha-tumbuhan ini di belakang rumah kita. Bagi yang tinggal di apartment boleh la tanam dalam pasu sahaja.
Kunyit
Tumbuhan yang paling senang tumbuh dan membiak, ia bersifat anti oksidan dan mampu merawat luka dalaman dan luaran. Sesuai untuk ibu-ibu selepas melahirkan anak dan pesakit yang melalui pembedahan. Juga boleh di amalkan oleh mereka yang mengalami masalah tulang. 

Serai
Merupakan tumbuhan yang mudah ditanam dan tidak cerewet. Amalkan air rebusan serai membantu menghilangkan bau badan.

Papaya atau Betik
Senang tanam dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Buahnya boleh membantu proses pelawasan di samping mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan menjalani fungsinya.

Daun setawar
Boleh dijadikan tanaman hiasan dan mudah untuk dibiakkan. Daun setawar boleh membantu meredakan demam panas dan luka lecur.

Lidah buaya
Sama seperti daun setawar, lidah buaya boleh membantu menguatkan akar rambut dan menghilangkan luka lecur.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

No comments: