SID

Ibu kepada tiga orang anak, aktif bekerja sebagai penyenggara kapal selam dan bergerak sebagai Shaklee Independent Distributer Berdaftar | SAADIAH 0192129706 | SID 883366 | COD Kota Kinabalu | Penghantaran seluruh Malaysia Sabah Sarawak Via GDex atau Pos Laju | email: saadiahmuji@gmail.com | Facebook : Saadiah Muji

Thursday, September 3, 2015

Tips Membantu Ibu-Ibu Kuruskan Badan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar ibu-ibu semua pagi ini? Mesti tengah sibuk dengan urusan anak-anak dan suami. Kitalah pengurus peribadi mereka di awal pagi-pagi. Kadang nak cari tuala tuk mandi yang ada depan mata tu pun ibu-ibu jgk yang kena tunjuk dan bagi ke tangan mereka.

Hari ini saya kongsikan bagaimana nak kuruskan ibu-ibu yang rasa berat badan mereka makin naik. Sibuk bagai nak rak tapi tak kurus-kurus jugak. Ia mengganggu kita sebagai ibu kan.

Ok ikuti tips yang bakal saya kongsikan dan akan di lakukan selepas ini:
  1. Ia berlaku seawal selepas proses kelahiran anak yang pertama, masa ini seeloknya jalani pantang sebaik-baiknya dan amalkan pemakanan sihat.
  2. Semasa nak susukan anak (terutama ibu yang bagi BF) elakkan posisi baring bersama baby terutama selepas makan.
  3. Sekiranya dalam family member ada 5 orang, masak lauk dan nasi untuk 4 orang sahaja dan elakkan makan terakhir untuk elakkan ibu jadi tukang abiskan semua makanan.
  4. Masak masakan kegemaran suami dan anak-anak sahaja supaya ibu-ibu tidak membuat tambahan nasi sendiri.
  5. Dalam menu banyakkan menu sayur-sayuran supaya ibu sekiranya terpaksa kena habiskan makanan, sayur tidak menggemukan.
  6. Semasa anak-anak dan suami sudah ke sekolah dan tempat kerja, gunakan masa terluang itu untuk mengemas ruang mana yang tidak kemas atau bersihkan.
  7. Sekiranya masih ada masa terluang, peruntukkan 20 minit untuk bersenam contoh senaman yang mudah adalah skipping. 
  8. Tips terakhir, amalkan Alfalfa dan Lecithin/Omega Gaurd untuk mengekalkan kecergasan dan kerampingan tubuh badan.
Senang aje bukan...tak perlu banyak kos kerana ia berlaku secara spontan. Rancanglah rutin harian ibu-ibu agar mempunyai masa untuk rehat. Jangan paksa diri untuk kurus kerana yang penting adalah kesihatan yang berpanjangan.

Sekian tips dari ibu 3 oranga anak yang lasak.


2 comments:

Unknown said...

Bapak-bapak ga bisa dibantu utk menguruskan badan ya mbak? :)

dhiya saadiah said...

Bapak-bapak banyak aktivitinya...bisa bersukan untuk pantas kurusnya. Hihi.