SID

Ibu kepada tiga orang anak, aktif bekerja sebagai penyenggara kapal selam dan bergerak sebagai Shaklee Independent Distributer Berdaftar | SAADIAH 0192129706 | SID 883366 | COD Kota Kinabalu | Penghantaran seluruh Malaysia Sabah Sarawak Via GDex atau Pos Laju | email: saadiahmuji@gmail.com | Facebook : Saadiah Muji

Thursday, November 5, 2015

Sutra Avera Soothing & Moisturizing Aloe Vera Gel

SUTRA A’VERA PRODUK UNTUK SEISI KELUARGA


Aloe Vera atau lebih dikenali sebagai pokok Lidah Buaya merupakan antara tumbuhan semulajadi yang paling banyak mempunyai khasiat penyembuhan kepada manusia, untuk kegunaan luaran mahupun dalaman. 

Jika dilihat pada struktur tumbuhan Aloe Vera itu sendiri, bahagian luar daunnya yang keras dan tebal secara semulajadi memerangkap dan menyimpan air yang kemudiannya berubah kepada bentuk jeli. Jeli pada bahagian dalam daun inilah yang mempunyai pelbagai khasiat untuk manusia. Kebaikan jeli Aloe Vera terutamanya pada kulit manusia memang terbukti dan ini dapat dilihat pada sifat semulajadi jeli yang akan mengeras untuk bertindak membaluti dan melindungi bahagian daun Aloe Vera yang terdedah selepas beberapa jam dikerat. Bahagian dalam jeli yang terdedah tadi akan terlindung dari serangan bakteria dan sifat perlindungan semulajadi ini jugalah akan terhasil apabila jeli Aloe Vera ini digunakan untuk memelihara kulit manusia secara amnya.

Berdasarkan kepada beberapa kajian, Aloe Vera adalah tumbuhan yang teratas kedudukannya dari segi jumlah faedah yang boleh didapati. Oleh kerana itu, ia telah digunakan untuk kesihatan dalaman dan luaran sejak lebih 5000 tahun dahulu. Antara komponen-komponen aktif yang terkandung di dalam Aloe Vera adalah air, pelbagai vitamin (A, C, E, B1, B2,B3, B6 dan B12) dan mineral (kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi), enzim (amylase dan lipase) dan asid amino.

Komponen terbaik Aloe Vera ialah ia mempunyai sifat membersih dan anti-septik yang bertindak dengan kuat terhadap bakteria, virus dan kulat. Hasilnya, Aloe Vera dianggap hebat untuk mengubati jerawat dan mengekalkan kulit berseri dan segar. 

Antara faedah Aloe Vera untuk kegunaan luaran adalah merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut, mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar, menghalang jangkitan kerana bersifat anti-bakteria, memelihara kulit dan membaiki sel yang rosak dan penghasilan kolagen dan protein yang mengawal proses penuaan kulit dan kedutan. 

Aloe Vera yang telah terbukti secara saintifik dan turun-temurun dari generasi ke generasi telah membuatkan syarikat Tropical Bioessence Sdn Bhd mengambil pendekatan mengembangkan siri produk Sutra untuk mengeluarkan produk-produk khusus yang berasaskan Aloe Vera dengan jenama Sutra A’vera. Ia juga merupakan produk yang 100% berasaskan bahan semulajadi.

Untuk mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi dan setanding dengan produk-produk antarabangsa, syarikat Tropical Bioessence Sdn Bhd telah mengambil langkah proaktif dengan menjalinkan usahasama dengan LeNORA International yang berpengkalan di San Francisco, Amerika Syarikat untuk kajian-kajian lanjutan dalam menghasilkan produk-produk penjagaan diri yang berasaskan Aloe Vera. Usahasama ini juga dapat membuka peluang untuk syarikat ini meluaskan pasaran ke benua Amerika dan Eropah.

Sebagai sebuah syarikat berstatus BioNexus yang diperakukan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan di bawah pengawasan Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp), Tropical Bioessence Sdn Bhd menjalankan aktiviti penyelidikan dan pengeluaran produk berasaskan bioteknologi yang dapat menjamin kualiti dan keberkesanan sesuatu produk. Fasiliti Tropical Bioessence Sdn Bhd juga berstatus Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), Halal dan ISO.

Sutra A’vera Soothing and Moisturising Aloe Vera Gel merupakan produk yang mula dilancarkan pada November 2014, selepas kajian terperinci selama hampir 2 tahun untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang sesuai semua jenis kulit dan keadaan cuaca serta mempunyai ciri-ciri penyembuhan terhadap masalah kulit. Justeru itu, produk Sutra A’vera yang berasaskan Aloe Vera ini telah diformulasikan bersama ekstrak tembikai dan timun yang juga terbukti mengandungi bahan-bahan aktif untuk kebaikan dan kesihatan kulit. Kelebihan-kelebihan ini menjadikan produk Sutra A’vera berbeza dengan produk-produk gel Aloe Vera yang berada di pasaran yang kebanyakkannya di import dari luar negara. Proses dan bahan-bahan yang digunakan di dalam pengeluaran produk adalah mematuhi piawaian syariah. 

Produk Sutra A’vera Soothing and Moisturising Aloe Vera Gel memberikan beberapa faedah seperti berikut:

1. kegunaan harian sebagai pelembab kulit muka dan badan
2. membantu merawat selaran matahari dan angin
3. membantu merawat jerawat dan kerosakan kulit
4. membantu melambatkan proses penuaan dan menegangkan kulit
5. membantu mengurangkan kesan regangan kulit (stretch marks) 
6. merawat dan melegakan ruam, radang dan gatal kulit akibat eczema
7. membantu merawat luka kecil dan kesan melecur
8. membantu mengurangkan kesan tumit kaki yang merekah
9. melegakan gigitan serangga

Pada 18 Ogos 2015, produk penjagaan diri Sutra A’vera telah dilancarkan yang merangkumi gel mandian, shampu perapian, pencuci muka untuk wanita dan lelaki. Setiap produk ini akan digabungkan dengan ekstrak-ekstraksemulajadi yang bersesuaian untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Sutra A’vera adalah untuk mereka yang mementingkan kualiti penjagaan diri, penggunaan bahan semulajadi tanpa bahan kimia serta mesra alam.

Berminat? Hubungi Saadiah Muji | 019-212-9706

2 comments:

Obat Sakit said...

ampuh tidak ini?
belum pernah mencoba
seomoga makin laris saja ya

saadiah muji said...

Sesuai utk kulit sensitif,baby dan yang mahu moisturizing natural. ;)