Stress...! Adalah masalah yang lebih BESAR dari yang anda jangkakan.
Apabila ditanya berkenaan stress, anda mungkin menjawab seperti tekanan akibat kehilangan kerja, bergaduh dengan pasangan atau macam-macam lagi.
Sememangnya masalah stress menyebabkan perubahan fisiologi Tetapi, ramai yang tidak menyedari stress juga disebabkan oleh :
- Insomnia (kesukaran untuk tidur)
- Infeksi kronik
- Inflamasi / radang
- Penyakit kurang daya tahan badan
- Berdiet
- Terlalu banyak senaman
Walaupun tahap stress anda agak rendah, tetapi jika anda mengalami mana-mana keadaan yang disenaraikan diatas, tubuh anda akan respon sebagai stress kronik ataupun berpanjangan. Ini akan menyebabkan anda gemuk dan menghidapi diabetis.
Apabila stress berterusan, hipotalamus diaktifkan dan meransang kelenjar pada ginjal (adrenal ) menghasilkan hormon cortisol. (Hormon ini biasanya tinggi diwaktu pagi dan bertindak sebagai 'alarm' anda, dan hilang pada waktu malam, membantu anda tidur).
Kajian terkini menunjukkan stress berpanjangan bukan sahaja meningkatkan tahap cortisol. Tetapi lebih penting lagi, ia menggangu ritma semulajadi cortisol. Secara saintifiknya, menyebabkan :
1. Gula dalam darah meningkat
2. Menyebabkan glukos sukar untuk masuk ke dalam sel-sel
3. Membuatkan anda lapar dan inginkan glukosa
4. Mengurangkan kebolehan badan anda membakar lemak
5. Menghalang Hpa-axis, hormon tidak stabil
6. Mengurangkan DHEA, testosterone, hormon tumbesaran
7. Menjadikan sel anda kurang sensitif terhadap insulin
8. Meningkatkan lemak perut dan menyebabkan hati anda berlemak
9. Meningkatkan kadar simpanan lemak
10. Meningkatkan asid lemak dan triglycerides dalam darah
Jom lihat antara senarai stress yang biasa kita hadapi dalam kehidupan seharian.!!
Insomnia
Kajian membuktikan kurang tidur selama 3jam waktu malam menyebabkan berat naik sebanyak 4-5%.
Berdiet
Pada tahun 2001, kajian membuktikan 'cognitive diet restraint' ataupun diet secara ekstrem, meningkatkan cortisol. Melalui kajian juga, pengurangan kalori dalam jumlah yang sangat sedikit juga meningkatkan cortisol.
Senaman yang berlebihan sememangnya menurunkan berat badan tetapi hanya untuk sementara. kecederaan tisu akan pulih setelah anda berhenti bersenam dan metabolisma badan terganggu.
Berat badan anda naik dan menyebabkan penyakit diabetis,mencederakan tisu otot dan meningkatkan stor penyimpanan lemak.
Maka, apa yang perlu anda lakukan adalah makan dan bersenam secara sederhana. Tidak mengamalkan diet ekstrem dan tidur yang cukup setiap malam...
No comments:
Post a Comment