SID

Ibu kepada tiga orang anak, aktif bekerja sebagai penyenggara kapal selam dan bergerak sebagai Shaklee Independent Distributer Berdaftar | SAADIAH 0192129706 | SID 883366 | COD Kota Kinabalu | Penghantaran seluruh Malaysia Sabah Sarawak Via GDex atau Pos Laju | email: saadiahmuji@gmail.com | Facebook : Saadiah Muji

Monday, August 24, 2015

Makanan Yang Melambatkan Proses Penuaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk Menjaga Tubuh Tetap Sihat, Segar Dan Awet, Ada Baiknya Anda Menerapkan Kepentingan Makanan Berkhasiat Dalam Kehidupan Seharian.

Semakin bertambah usia seseorang maka metabolisme tubuh akan menjadi lambat dan lemak lebih mudah terkumpul. Malahan pelbagai masalah mula terjadi, antaranya timbulnya masalah kulit, mudah lupa, kerapuhan tulang dan sebagainya. Jadi, sebab itulah anda perlu tahu kepentingan makanan berkhasiat.

Berikut beberapa jenis makanan yang dapat membantu anda memperlambatkan proses penuaan. 


Tomato

Tomato merah mengandungi jumlah ‘lycopene’ yang banyak. Tomato yang sudah diolah lebih baik daripada tomato segar kerana ‘lycopene’ lebih mudah diserap oleh tubuh setelah diproses.Terdapat beberapa kajian mengatakan diet yang kaya ‘lycopene’ boleh mengurangkan risiko penyakit saluran kencing, paru-paru, prostat, masalah kulit, kanker perut dan penyakit usus, serta membantu menunda penuaan kulit.

Yogurt

Probiotik dalam yogurt dikatakan mampu menjaga kesihatan saluran usus dan meningkatkan fungsi sistem ketahanan tubuh serta dapat membantu mencegah kanser. 


Almond

Selain kaya kalori, almond juga mengandungi banyak ‘pitosterol’ yang boleh menurunkan kolesterol berbahaya dalam tubuh dan membantu menstabilkan tahap gula darah pada pesakit diabetes.Tambahan pula, almond juga kaya dengan asid amino yang boleh meningkatkan tahap testosterone serta meningkatkan pertumbuhan otot.Di samping itu, almond juga mengandungi banyak vitamin E yang sangat baik untuk perbaikan kulit yang terbakar akibat terkena sinaran cahaya matahari. Dalam waktu yang sama, almond juga boleh melindungi pembuluh darah, meningkatkan memori dan kemampuan kognitif. 


Walnut

Zat yang terkandung daripada walnut sangat komprehensif. Asid lemak Omega-3 yang terkandung dalam walnut lebih banyak daripada yang terkandung pada ikan salmon.Selain itu, walnut juga mengandungi ‘polyphenol’ yang lebih banyak daripada yang terkandung dalam anggur merah. ‘Polyphenol’ memiliki efek anti-inflamasi.

Plum

Buah plum kaya dengan tembaga dan ‘boron’ yang dapat mencegah osteoporosis. Di samping itu, plum juga mengandungi serat yang dikenali sebagai ‘inulin’ yang boleh menghancurkan bakteria berbahaya di saluran usus. ‘Inulin’ juga boleh menjaga saluran penghadaman agar tetap dalam lingkungan asid dan meningkatkan penyerapan kalsium.

Kredit : mountainheartcares

2 comments:

Emy said...

Ambil vivix je lagi senang kan sis..hehe

dhiya saadiah said...

Yes...vivix terbaik.