Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sejak beberapa minggu ini, kebimbangan tentang anak yang ada eczema makin meluap-luap sehinggakan sukar mata ni terlelap dan mencari penawar yang boleh merawat eczema. Sanggup bersengkang mata ni semata-mata nak sapu krim/minyak untuk anak yang tgh tidur. Dengan harapan esok pagi eczema tu hilang. Hihi...(Harapan setinggi gunung)
Selepas berjumpa doktor dan mengetahui tentang eczema, makin berkobar-kobar nak cari penawar eczema. Fact; eczema tiada ubat dan hanya boleh di pantau dan merawat dengan sapuan krim.
Ok, selepas menjelajah dalam blog kawan2 yang lain, pelbagai tips diamalkan dan di praktikkan. Antaranya:
Merawat dan penjagaan untuk bayi yang ada eczema;
- Pastikan kulit tidak terdedah kepada sumber yang membuatkan anak alergik. Eczema sering dikaitkan dengan alergik dri persekitaran.
- Elakkan juga makanan seafood seperti udang, sotong dan Ketam. Ikan ok kot tengok jenis ikan la kan.
- Penggunaan lotion dan krim yang tidak mengandungi streroid, paraben, SLS and kimia yang berlebihan untuk jangkamasa yang panjang. Saya gunakan Herbal Blend dari Shaklee.
- Antibiotik tidak banyak membantu, hanya gunakan sekiranya perlu sahaja.
- Jangan mandikan anak dengan air suam kerana ia akan trigger kemerahan dan kegatalan.
- Gunakan sabun kaya pelembap (saya mula gunakan sabun Oilatum) dan sapuan minyak Franch dan Vitamin E shaklee. Lotion badan saya gunakan AloeVera dari Sutra.
- Tidak mendedahkan anak kepada cuaca yang panas dan berbahang.
- Petua dari doktor yang merawat sekiranya berkesempatan, dedahkan kulit dengan sinaran matahari pagi untuk dapatkan Vitamin D.
Selamat mencuba ya ibu-ibu.
No comments:
Post a Comment