SID

Ibu kepada tiga orang anak, aktif bekerja sebagai penyenggara kapal selam dan bergerak sebagai Shaklee Independent Distributer Berdaftar | SAADIAH 0192129706 | SID 883366 | COD Kota Kinabalu | Penghantaran seluruh Malaysia Sabah Sarawak Via GDex atau Pos Laju | email: saadiahmuji@gmail.com | Facebook : Saadiah Muji

Friday, October 30, 2015

Khasiat Jus Kunyit untuk Para Ibu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ibu-ibu semua pasti kenal air kunyit campur asam jawa dan madu atau gula merah sebagai jamu selepas bersalin. Selain dari tujuan berpantang, jus kunyit ini sangat bagus dan berkhasiat untuk kecantikan dalaman dan luaran wanita berkesan juga untuk buangkan lemak dan kuruskan badan.

Kunyit yang biasa kita tahu selalunya digunakan bagi melazatkan makanan tetapi khasiat kunyit lebih lagi dari pelazat makanan. Kunyit mempunyai kebaikkan dalam penjagaan kulit wajah untuk merawat dan mencerahkan kulit dan nampak lebih berseri.

Ia mampu menjadikan kulit lebih bersinar dan licin dari dalam kulit. Menghaluskan kulit wajah. Kunyit membantu meringankan segala macam masalah kulit dan membuat kulit menjadi halus mulus.

Menghilangkan kerutan dan garis halus di wajah. Masalah ini selalu menjadi perhatian wanita terutamanya kerutan diwajah.

Mengatasi masalah jeragat dan bintik hitam. Kunyit juga dikatakan mampu membantu menghilangkan jeragat dan bintik hitam.

Menghilangkan jerawat. Manfaat kunyit juga mampu menghilangkan jerawat dengan membasmi kuman jerawat supaya jerawat dapat diatasi tanpa meninggalkan kesan.

Selain fungsinya untuk kecantikan wajah kunyit juga berkhasiat untuk khecantikan dalaman wanita.

Fungsinya: mencuci darah dan kekotoran dalaman, mengecutkan rahim (bagus untuk kurangkan buncit), kecutkan buasir, kecutkan fibroid, kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman menyuburkan peranakan, memulihkan luka2 dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong atau rahim keluar atau rahim jatuh dan banyak lagi.

Secara saintifiknya, ibu kunyit ni adalah sejenis anti-septic yang boleh mencuci darah dan membersihkn luka.
Gambar ihsan google
Caranya menyediakan segelas jus kunyit:
  1. Blender ibu kunyit (dalam 4ketul sederhana besar) dengan 5gelas air masak 
  2. Tapis airnya 
  3. Campurkan sedikit air Asam jawa dan gula merah (gaul sebati sambil panaskan di kuali) 
  4. Diminum sekali sehari selama 3 hari berturut-turut.
Tadaa...siap untuk diamalkan selepas bangun pagi. Selamat Mencuba.

No comments: