SID

Ibu kepada tiga orang anak, aktif bekerja sebagai penyenggara kapal selam dan bergerak sebagai Shaklee Independent Distributer Berdaftar | SAADIAH 0192129706 | SID 883366 | COD Kota Kinabalu | Penghantaran seluruh Malaysia Sabah Sarawak Via GDex atau Pos Laju | email: saadiahmuji@gmail.com | Facebook : Saadiah Muji

Tuesday, July 22, 2014

Tips Ceria Sepanjang Kehamilan

Pengalaman Hamil ke-3

Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam entri kali ini saya ingin berkongsi tips-tips kehamilan berdasarkan pengalaman diri sendiri.

Sebelum Hamil persediaan paling penting iaitu badan kita kena sedia sihat dan tiada masalah kesihatan. Dengan itu doktor akan cadangkan kita mengambil B-complex dengan asid folik dan multivitamin. Ini adalah kerana untuk proses kesuburan dan mendapat telur(ovum) yang sihat. Asid folik adalah Vitamin B9 yang selalunya dijumpai dalam sayuran hijau, jus buahan dan bijirin. Ia digalakkan untuk mengurangi risiko mendapat anak cacat terutama kecacatan saraf, otak dan saraf tunjang. 

Apabila ujian UPT menunjukkan positif double line, maka bermulalah Kehamilan yang dinanti-nantikan. Pada masa ini, alahan akan berlaku kerana rembesan hormon. Jangan bimbang alahan adalah petanda yang baik untuk kandungan, Alahan ini akan berakhir selepas bulan ketiga kehamilan. Pada masa ini badan kita memerlukan makanan berkhasiat dan seimbang. Untuk memudahkan proses kehamilan saya mengambil soya berprotin untuk membantu pembentukkan janin yang sihat. Disamping itu keperluan kalsium banyak membantu tulang dan gigi yang sihat ibu dan bakal bayi. Jangan sesekali skip ambil kalsium.

Kalsium Tablet aka Ostematrix -sesuai untuk mereka yang tidak suka susu lembu

Sepanjang kehamilan saya yang ketiga, saya tidak mengalami alahan yang teruk berbanding dua kehamilan sebelum ini. Masa kandungan yang ketiga ini, saya, mengikuti pemakanan seimbang dan dibantu dengan pengambilan suplemen, semestinya saya mengambil jenama Shaklee. Kenapa saya perlukan suplemen? Umur yang makin meningkat dan persekitaran kerja menghadkan saya menyediakan diet yang seimbang. Maklumlah, situasi sebagai pekerja menuntut kita penuhi keperluaan majikan dan kekangan pekerjaan. Jadi berbaloi la saya menambah suplemen dalam diet harian.

Suplemen Lengkap untuk Ibu

Apa yang membezakan kehamilan kali ini? Saya sangat cergas, ceria, sihat dan aktif. Ini di akui sediri oleh rakan2 sekerja yang lain Nak tahu rahsianya...saya amalkan full suplemen dari Shaklee iaitu ESP, Ostematrix, Vitalea Iron Formula, Vitamin C, B Complex (with acid folic) dan Omega Gaurd. 


Vitamin C & Vitalea Iron Formula


Ingin tahu lebih lanjut tentang produk Shaklee?
Hubungi saya Saadiah | 0192129706 | SID 883366

atau 

anda boleh beli sendiri dengan klik link ini: 
(Hanya klik produk yang anda mahu dan ikuti langkah2 demi langkah)


Selamat mencuba dan selamat menjalani kehamilan yang ceria dan sihat.

No comments: